MRCB bangunkan semual Stadium Shah Alam,

15 Jul 2022 • 4:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Negeri hari ini menyerahkan surat niat (LOI) kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi cadangan pembangunan baharu Stadium Shah Alam.

Penyerahan LOI dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim kepada Naib Presiden Eksekutif MRCB Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam sidang media, Amirudin menjelaskan MRCB dilantik untuk mengurus projek ini selepas mengambil kira kedudukan kewangan selain pengalaman membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017.

Menyifatkan projek pembangunan itu sebagai perkongsian awam-swasta dengan penyelesaian menang-menang, beliau berkata syarikat itu dipilih selepas melalui proses pemilihan ketat bersama 15 syarikat lain.

Berdasarkan terma LOI, katanya, pemaju akan mengadakan perbincangan lebih mendalam dengan Kerajaan Selangor berhubung rancangan pembangunan tersebut.

“Segala cadangan dan pandangan telah diteliti dan akan dikemukakan kepada pemaju untuk dipertimbang,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved