MRCB Land raih kontrak bina Kompleks Sukan Shah Alam bernilai RM2.94 bilion

16 May 2025 • 3:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MRCB Land raih kontrak bina Kompleks Sukan Shah Alam bernilai RM2.94 bilion

image is not available

16/05/2025 - 15:31

Ilustrasi reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melalui anak syarikatnya, menerima kontrak bernilai RM2.94 bilion daripada kerajaan negeri Selangor untuk membina semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Pengerusi MRCB, Datuk Mohamed Nasir Ab Latif berkata, anak syarikatnya, Lembaran Prospek Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Jelasnya, projek itu merangkumi kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam lama yang kini hampir siap, sebelum pembinaan kompleks baharu dimulakan.

Projek berkenaan yang mengambil masa 48 bulan, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029.

"Kawasan tersebut akan dibangunkan sebagai tempat yang memberi manfaat kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar di Selangor.

"Pembangunan KSSA akan mengubah Shah Alam menjadi kawasan bandar moden. Ia menunjukkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kepakaran MRCB dalam membangunkan bandar," katanya dalam satu kenyataan.

Kompleks itu akan mempunyai sebuah stadium moden yang boleh memuatkan 45,000 penonton dan padang yang boleh diubah suai.

Ia juga akan dilengkapi dengan ruang untuk komuniti, perniagaan dan kemudahan lain dalam kawasan hijau seluas 310,000 meter persegi.

Mohamed Nasir berkata, stadium lama yang dulu jarang digunakan, terutama untuk sukan bola sepak, akan dibangunkan semula dengan tujuan dapat dimanfaatkan dengan lebih kerap.

"Kami berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini untuk rakyat Selangor.

"Dengan pengalaman kami dalam membangunkan semula bandar dan membina kemudahan yang mesra alam, kami bukan hanya membina stadium, tetapi juga tempat untuk kegunaan orang ramai," ujarnya. - DagangNews.com

standard