MRCB Land, The Makeover Guys bekerjasama bagi projek ubah suai Sentral Suites, KL Sentral

2 Nov 2023 • 5:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MRCB Land, The Makeover Guys bekerjasama bagi projek ubah suai Sentral Suites, KL Sentral

azan

02/11/2023 - 17:02

KUALA LUMPUR 2 Nov - MRCB Land menjalin kerjasama dengan The Makeover Guys bagi projek pengubahsuaian Sentral Suites di KL Sentral berkuat kuasa 26 September 2023.

Sentral Suites yang siap pada Mac tahun ini, ia terdiri daripada 1,434 unit pangsapuri servis yang tersebar di tiga blok di atas tanah seluas keluasan 1.93 hektar.

Unit ini datang dalam pelan lantai unit satu, dua dan tiga bilik tidur serta unit dwi kunci. Harga jualan unit yang ada bermula dari RM829,800 untuk pangsapuri berkeluasan 724 kaki persegi.

The Makeover Guys akan menawarkan pemilik hartanah perkhidmatan pengubahsuaian sehenti dengan pakej yang serba lengkap, dan penyewa peralihan yang lancar ke kediaman baharu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Makeover Guys, Gavin Liew berkata, pembeli dan penyewa mendapat manfaat besar daripada kerjasama itu kerana bakal memiliki unit yang serba lengkap.

Katanya, The Makeover Guys menyediakan pelbagai tema yang disesuaikan dengan teliti yang sesuai dengan citarasa dan pilihan yang berbeza, memberikan pembeli dan penyewa dengan ruang kediaman yang bukan sahaja menarik tetapi juga bergaya dan sangat selesa.

"Jalinan kerjasama dengan MRCB Land menjadi bukti kebolehpercayaan kami dalam industri, perkara yang sangat membantu memupuk keyakinan pelanggan serta meluaskan jangkauan kami dalam industri pembangunan hartanah.

"Ia juga menyerlahkan keupayaan kami memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan oleh peneraju industri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MRCB Land, Kwan Joon Hoe berkata, kerjasama itu adalah cara mereka memastikan setiap aspek projek kumpulan itu mencerminkan tahap kualiti seperti reka bentuk seni bina.

“Selain penyerahan pemilikan kosong, komitmen kami kepada pembeli kami kekal teguh melalui perkongsian strategik yang terus memupuk keperluan mereka, semasa dan masa depan,” katanya. - DagangNews.com