MRSM Ulul Albab pertama Kelantan dibina tahun depan

7 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MRSM Ulul Albab pertama Kelantan dibina tahun depan

TANAH MERAH: Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab pertama di negeri ini bermula tahun depan di sini.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembinaan pusat pengajian itu telah mendapat kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan proses dokumentasi sedang dimuktamadkan.

Katanya, dokumen tersebut kemudian dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM) untuk tindakan lanjut.

“MRSM Ulul Albab Tanah Merah adalah hasil perjuangan berterusan UMNO Bahagian Tanah Merah bagi memastikan institusi pendidikan berkenaan dapat direalisasikan.

“Pembinaan ini yang mampu menampung 750 pelajar,” katanya selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Dataran Mahsuri, di sini hari ini.

Asyaraf Wajdi berkata, sekiranya mendapat kelulusan pada mesyuarat September ini, Mara akan membuka tender secara terbuka pada Disember depan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan sebelum April tahun depan.

Katanya, pengurusan Mara kini menyegerakan semua urusan berkaitan dokumen bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang. – UTUSAN

The post MRSM Ulul Albab pertama Kelantan dibina tahun depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved