
TANAH MERAH – Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab Tanah Merah di sini dijangka bermula sebelum April tahun depan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, permohonan pembinaan MRSM itu sudah lama dijalankan dan peruntukan tersebut diluluskan menerusi
Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9)
“MRSM Ulul Albab itu merupakan perjuangan UMNO Tanah Merah yang bersungguh-sungguh perjuangkan pembinaannya.
“Hasrat itu direalisasikan untuk menjadikan ia MRSM Ulul Albab pertama di Kelantan yang mampu menampung seramai 750 pelajar,”katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Dataran Mahsari di sini hari ini.
Asyraf Wajdi memberitahu, pihak pengurusan Mara akan menyiapkan segera hal-hal berkaitan dokumen untuk dihantar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah sebelum mesyuarat diadakan pada bulan depan.
“Apabila lulus, kita akan buka tender secara terbuka Disember tahun ini dan kerja-kerja membina MRSM itu dijangka dilakukan sebelum April tahun depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post MRSM Ulul Albab Tanah Merah dibina tahun depan appeared first on Kosmo Digital.






