MRT Corp anugerah kontrak sistem rel RM3 bilion kepada MRCB-Theta Edge

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 10:26 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MRT Corp anugerah kontrak sistem rel RM3 bilion kepada MRCB-Theta Edge Image from: MRT Corp anugerah kontrak sistem rel RM3 bilion kepada MRCB-Theta Edge liza06/08/2026 - 10:26 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang memasuki fasa baharu apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menganugerahkan kontrak Sistem Bersepadu (STC) bernilai RM3.028 bilion kepada usaha sama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Theta Edge Berhad bagi membangunkan keseluruhan sistem rel rangkaian metro pertama negeri itu.

 

MRT Corp berkata, pelantikan kontraktor itu membolehkan reka bentuk terperinci sistem rel dilaksanakan serentak dengan kerja pembinaan infrastruktur awam yang sedang berjalan bagi memastikan kedua-dua komponen bergerak seiring untuk memastikan keseluruhan projek mengikut jadual.

 

“Kontrak STC itu meliputi tujuh pakej utama sistem rel, termasuk pembekalan tren elektrik dan kelengkapan depoh, sistem isyarat serta kawalan tren bersama pintu platform automatik, kerja landasan, rel kuasa dan kenderaan penyelenggaraan.

 

“Turut termasuk dalam skop kontrak ialah sistem bekalan dan agihan kuasa, sistem penyeliaan kawalan dan pemerolehan data (SCADA) rel serta sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer, sistem telekomunikasi dan teknologi maklumat serta sistem kutipan tambang automatik,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Pembinaan Laluan Mutiara terus capai kemajuan

Dalam perkembangan sama, MRT Corp memaklumkan pembinaan Laluan Mutiara terus menunjukkan kemajuan dengan beberapa pencapaian penting, termasuk kerja pembinaan yang kini giat dijalankan di sepanjang jajaran dari Pulau Silikon hingga KOMTAR.

 

Bagi mempercepatkan pelaksanaan projek, MRT Corp membenarkan kerja pembinaan dimulakan lebih awal sementara reka bentuk terperinci disiapkan secara berperingkat.

 

Pendekatan itu menyumbang kepada kemajuan projek yang kini mencatat pembinaan 45 tapak asas tiang dan 32 tiang jejambat di 14 daripada 19 seksyen yang dirancang di bawah CMC1.

 

Selain itu, sebanyak 93% daripada keseluruhan tanah yang diperlukan bagi pakej CMC1 telah disediakan untuk aktiviti pembinaan hasil kerjasama kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pulau Pinang dan agensi berkaitan.

 

Jajaran Komtar ke Penang Sentral dijangka dianugerahkan November ini

MRT Corp turut memaklumkan kerja-kerja kajian tanah di Pulau Silikon telah bermula sebagai persediaan pembinaan depoh, manakala kerja merobohkan struktur lama dan penyediaan tapak di Tapak Pesta telah selesai selepas kawasan itu diserahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada April 2026.

 

Pada masa sama, syarikat itu terus menyelaras pelaksanaan kerja pembinaan awam dan pembangunan sistem rel secara bersepadu bagi memastikan kedua-duanya berkembang seiring ke arah pembentukan rangkaian metro yang lengkap dan beroperasi sepenuhnya.

 

Sementara itu, proses penilaian tender bagi sambungan jajaran dari KOMTAR ke Penang Sentral sedang berjalan seperti dirancang, dengan kontrak tersebut disasarkan untuk dianugerahkan pada November 2026.

 

Dalam pada itu, kontraktor CMC1 terus menganugerahkan pelbagai pakej subkontrak bagi pembinaan stesen dan kerja berkaitan apabila aktiviti pembinaan diperluaskan ke lebih banyak lokasi. Pada masa sama, penyertaan syarikat Bumiputera di bawah pakej itu kini telah melebihi 20% daripada keseluruhan nilai kontrak. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved