MRT Terima ‘Penumpang’ Tambahan, Tikus Berkeliaran Dalam Tren Laluan Timur-Barat 

25 May 2026 • 8:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

MRT Terima ‘Penumpang’ Tambahan, Tikus Berkeliaran Dalam Tren Laluan Timur-Barat 

SINGAPURA - Langkah kawalan haiwan perosak dipertingkatkan di stesen tren dan depot di seluruh Singapura selepas sebuah video memaparkan seekor tikus di dalam tren Laluan Timur-Barat tular di media sosial hujung minggu lalu.

Jurucakap SMART berkata, penumpang diingatkan supaya tidak makan atau minum di dalam tren mahupun di stesen kerana sisa makanan boleh menarik kehadiran tikus serta perosak lain.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial oleh Reddit itu, seekor tikus dilihat berkeliaran di dalam kabin tren sementara dua individu cuba mengepungnya.

Para penumpang dilihat memberi laluan kepada tikus tersebut untuk bergerak, malah ada yang mengangkat kaki bagi membolehkannya melintas ketika ia berlari di sekitar kabin.

Haiwan itu akhirnya berjaya diarahkan keluar dari kabin sebaik sahaja pintu tren dibuka di sebuah stesen. 

Video insiden berkenaan boleh ditonton menerusi pautan ini https://www.facebook.com/reel/1007129998501521 - Getaran, 25 Mei 2026

View Original Article