Aksi MSF Super Turismo Saturday Night Super Sprint 2026 Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Sepang yang berlangsung pada 4 Julai 2026 menyaksikan persaingan sengit merentasi tiga kategori utama iaitu Super Series, Production Series dan Cup Series, dengan setiap kelas menampilkan pemenang berbeza serta pertarungan rapat sehingga ke garisan penamat.

Dalam Super Series Limited, Syahrizal Jamaluddin muncul juara diikuti Syahin Danial Suzaimi, manakala tiada pemenang tempat ketiga selepas penyertaan #148 dibatalkan (DSQ) atas kesalahan teknikal.

Kelas Super Compatto menyaksikan gandingan Hendra Ade Putra/Ethan Seto muncul juara, diikuti Gilbert Ang Ding Feng di tempat kedua dan Foo Yung Chieh melengkapkan podium.

Bagi K-Series Battle, William Yong Poh Choy menewaskan Rusydy Roslan, manakala Isabelle Nah membawa pulang kedudukan ketiga.

Dalam EXN 86xBRZ Cup, Daniel Jaeggi meraih kemenangan di hadapan Diljith/Liron Jaden Samuels, sementara Muhammad Khairul Nizam menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
MSF PRODUCTION SERIES

Kategori Super Production dimenangi gandingan Tay Yi Hong/Tan Jek Hong (BMS Autosport Honda GK5), diikuti Edmund Wong/Soon Chew Poh di tempat kedua dan Alif Shawqi/Azriel Azhar di tempat ketiga.

Dalam Standard Production, Ng Chong Chin muncul juara selepas menewaskan Shamir Aizan/Raja Ahmad dengan jurang hanya 0.191 saat, manakala Ang Wee Peng/Chan Beng Leong melengkapkan tiga kedudukan terbaik.

Bagi Standard Production MAX, Mohanjit/Hafiz Bachok menaiki podium tertinggi, diikuti Adi Keno/Adli Keno dan David Kang.

Kelas Standard Production SWX menyaksikan Kendrew Wong menjuarai perlumbaan, diikuti Onny Ramlee/Mohd Hariry serta Dylan Tham/Ong Jin Long.

Dalam Tuner Production, Ridhwan Kiff/Lee Wai Cong muncul juara di hadapan Iman Danish/Mohd Shalifuzam Rosli, manakala Chew Kok Sang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Sementara itu, Aliff Qaid Muhamad Hairulnizam memenangi Tuner Production NA, mengatasi Sukran Latib dan Joshua Yee.
MSF CUP SERIES

Persaingan Saga Cup Pro menyaksikan David Kang muncul juara dengan kelebihan hanya 0.170 saat ke atas Shafiq Shaiful, manakala Hareevanan Chandramohan/Segar melengkapkan podium.

Dalam Saga Cup Intermediate, Alvin Tan meraih kemenangan, diikuti Marcus Ong/Ronson Ong di tempat kedua dan Harvinder Singh di tempat ketiga.

Kategori Saga Cup Casual dimenangi Tan Jia Jun, dengan Patrick Paul/Mong Jun Hao di tempat kedua, manakala Edmund Lee menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Bagi Myvi Cup Evo, Zahid Latiff muncul juara, diikuti Calix Yip dan Dayangku Faratiwan.

Dalam Myvi Cup Rookies, gandingan Qhairil Faiz/Shahrul Faiz mengungguli perlumbaan, diikuti Mohamad Faiz Sulaiman di tempat kedua dan Bilah Safiah/Budy Adi di tempat ketiga.

Sementara itu, Tan Jek Hong membawa BMS Autosport menjuarai Campro Cup, diikuti Wong Jun Xian/Mohamad Zulhazmi dan Lutfi Rahmad/Saiful Ramlan.
Keputusan SuperSprint ini menjadi petanda saingan yang semakin kompetitif menjelang perlumbaan format penuh (Race) dalam Pusingan 2 MSF Racing 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
The post MSF Super Turismo Saturday Night Super Sprint 2026: Keputusan Super Series, Production Series & Cup Series appeared first on TW Media.


