MSF Umum Kategori Myvi Cup, Hanya Untuk ‘King of the Road!’

6 Oct 2024 • 10:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perodua Myvi yang sering digelar sebagai King of Highway atau King of The Road kini mempunyai perlumbaan tersendiri iaitu Myvi Cup.

Jadi ini mungkin berita baik untuk pemilik Perodua Myvi yang mahu memburu gelaran raja litar lumba menerusi pengenalan kategori Myvi Cup dalam Malaysia Speed Festival (MSF).

Bagi yang tidak tahu, kategori Myvi Cup akan membuat kemunculan di Pusingan 6 MSF Superturismo di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada 10 November ini.

image is not available

Difahamkan Myvi Cup diperkenalkan berikutan kejayaan Saga Cup, yang telah pun berlangsung di MSF sejak 10 tahun lalu.

Untuk Myvi Cup, terdapat dua sub-kategori yang dipertandingkan: Pro dan Casual .

Kategori ini akan dibezakan berdasarkan tahap kemahiran pemandu oleh penganjur perlumbaan.

Peraturannya sama sahaja seperti Saga Cup, dimana Myvi yang bertanding perlulah mempunyai komponen perlumbaan dan keselamatan yang dibenarkan.

image is not available

Antaranya, brek hadapan perlu mengekalkan dimensi asal spesifikasi kilang, diikuti dengan penggunaan brek dram di belakang.

Malah, kesemua kereta yang bertanding perlu mengekalkan pacuan roda hadapan dan tidak dibenarkan untuk menggunakan komponen LSD.

image is not available

Selain itu, para pelumba juga tidak boleh menggunakan kotak komputer jenis stand alone serta tidak boleh menggunakan kotak gear jenis dog-box.

Sebaliknya, para peserta juga mesti menggunakan kotak gear Myvi yang asal.

Menurut prinsipal MSF Superturismo, Adian Yein Khalid, “falsafah MSF adalah untuk menjadikan perlumbaan yang lebih mudah diakses dan lebih mampu milik kepada orang ramai.

“Itulah sebabnya, Saga Cup telah terbukti berjaya dengan penyertaan lebih 75 buah kereta dan hampir 200 orang pelumba mengambil bahagian pada setiap pusingan,” katanya.

View Original Article