MSI Dan Capcom Akan Memperkenalkan Aksesori Gaming Bertemakan Monster Hunter Pada 2024

TechnologyDigital
25 Sep 2023 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu acara Tokyo Games Show 2023 yang baru sahaja berlangsung pada minggu lalu, MSI dan Capcom telah mengumumkan kerjasama untuk memperkenalkan sejumlah aksesori gaming bertemakan permainan video Monster Hunter pada tahun hadapan.

Kerjasama diantara kedua-dua syarikat ini ialah untuk meraikan ulang-tahun ke-20 francais permainan video tersebut dan melalui laman web MSIxMonsterHunter, mereka mengesahkan bahawa aksesori-aksesori ini akan hadir dengan tema raksasa Rathalos.

image is not available

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah aksesori dan produk-produk akan diperlihatkan, tetapi ia dijangka bahawa tidak mengejutkan sekiranya ia termasuk dengan aksesori papan kekunci, tetikus, fon kepala dan juga beberapa komputer riba yang bertemakan permainan popular tersebut.