
Majlis Anugerah Sukan Terengganu 2024/2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 27 April 2026 di Permai Hotel. Majlis ini menghimpunkan atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negeri Terengganu, sekali gus menjadi platform penghargaan terhadap pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun.
Tidak ketinggalan menerima pengiktirafan ialah dua wira muda sukan permotoran negara, Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan. Kedua-duanya telah diraikan dengan penerimaan Anugerah Khas sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kejayaan mereka membawa nama Malaysia serta Terengganu ke persada antarabangsa.
Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan, malah diharap dapat terus menyuntik semangat juang kepada Hakim Danish dan Qabil Irfan untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam kejohanan yang mereka sertai sepanjang tahun 2026.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MSN Terengganu
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #fblifestyle #Hanelang #HD13 #QI04
The post MSN Terengganu serah Anugerah kepada Qabil Irfan dan Hakim Danish appeared first on TW Media.



