Agong, permaisuri berangkat ke majlis Aidilfitri ATM

19 Jun 2019 • 7:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan hari ini.

Ketibaan Seri Paduka berdua di Wisma Perwira ATM di sini disambut Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Turut hadir pada majlis itu Panglima Tentera Darat Jeneral, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Seramai kira-kira 3,000 tetamu dan jemputan warga ATM hadir ke majlis tersebut.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 anggota ATM yang cedera yang diraikan pada majlis itu.

Mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota ATM yang cedera semasa penugasan operasi dan latihan atau terlibat dalam kemalangan semasa di dalam perkhidmatan. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved