MTL: MPSepang giat selenggara sistem saliran kurangkan risiko banjir kilat

LocalEnvironment
14 Nov 2026 • 11:23 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MTL: MPSepang giat selenggara sistem saliran kurangkan risiko banjir kilat

SHAH ALAM 14 NOV: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mempergiat kerja penyelenggaraan dan pembersihan sistem saliran sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengurangkan risiko banjir kilat.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata usaha dilaksanakan secara berkala dengan memberi tumpuan kepada kawasan berisiko tinggi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik serta mampu menyalurkan air hujan ke sungai.

“MPSepang dan KDEB Waste Management (KDEBWM) Cawangan Sepang terus mempergiat kerja-kerja pembersihan longkang.

"Kerja pembersihan merangkumi pengeluaran sampah, mendapan dan halangan dalam longkang bagi memastikan aliran air lebih lancar, sekali gus mengurangkan risiko penyumbatan ketika hujan lebat," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Image from: MTL: MPSepang giat selenggara sistem saliran kurangkan risiko banjir kilat
Kerja pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta sistem saliran giat dilaksanakan di sekitar kawasan pentadbiran MPSepang sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan aliran air lebih lancar dan mengurangkan risiko banjir kilat. Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang

Dalam perkembangan berkaitan, MPSepang turut mempergiat pembersihan longkang monsun selaras dengan arahan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari supaya semua pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.

Selain kerja penyelenggaraan, pemantauan berterusan di lapangan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti lokasi yang memerlukan tindakan pembersihan serta penyelarasan lanjut dengan agensi berkaitan.

"MPSepang turut mengingatkan masyarakat supaya bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah ke dalam longkang atau sistem saliran kerana perbuatan itu boleh menyebabkan saliran tersumbat serta meningkatkan risiko banjir kilat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved