PM mahu saliran ‘hot spot’ banjir kerap diselenggara

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 4:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM mahu saliran ‘hot spot’ banjir kerap diselenggara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerja-kerja penyelenggaraan saliran dilaksanakan dengan lebih kerap dan segera bagi menangani risiko banjir serta banjir kilat, khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu dipersetujui sebagai tindakan segera sementara menunggu projek-projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan disiapkan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, mesyuarat yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain turut membincangkan penyelarasan penyelenggaraan saliran serta bentuk bantuan boleh disediakan bagi meningkatkan kekerapan kerja itu di Selangor.

“Mesyuarat dimaklumkan bahawa penyelenggaraan saliran di Kuala Lumpur dilaksanakan sebanyak enam kali setahun.

“Jadi, di pihak Selangor ada permintaan penyelarasan termasuk apa bentuk bantuan yang boleh disediakan untuk tingkatkan jumlah penyelenggaraan terutama bagi kawasan-kawasan yang dianggap ‘hot spot’ banjir dan banjir kilat terutamanya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, peruntukan bagi projek-projek tebatan banjir sudah disediakan dan kerja-kerja berkaitan sedang berjalan, namun pelaksanaannya memerlukan masa.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri bersetuju supaya langkah penyelenggaraan berkala yang lebih kerap dilaksanakan segera bermula sekarang bagi mengurangkan risiko banjir sementara menunggu projek tebatan banjir disiapkan.

“Jadi, sementara waktu Perdana Menteri telah bersetuju supaya tindakan segera penyelenggaraan berkala yang lebih kerap dilaksana bermula sekarang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post PM mahu saliran ‘hot spot’ banjir kerap diselenggara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved