MTPN digesa bantu pantau penjualan barang kawalan

24 Dec 2023 • 9:49 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) cawangan Sabah digesa membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau barang kawalan yang dijual peruncit, khususnya di pedalaman negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, kerjasama sebegitu penting agar KPDN boleh mengambil tindakan terhadap peniaga yang disyaki melanggar undang-undang untuk mengelirukan atau menipu pengguna.

Katanya, beliau tidak mahu kejadian pelajar Pitas di sebuah sekolah berasrama penuh yang mengalami keracunan akibat meminum campuran minuman ringan dan spirit (pencair), pada Jun tahun ini, berulang.