MUA Bellaz Hargai Suami, Kenang Jasa Ketika Susah - “Adik Masih Berlapar Tak Makan Nasi Lagi, Sedangkan Ketika Itu…”

3 May 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz mengimbas kembali pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya, Anuar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Nuart terhadap keluarga.
 

Ingat jasa suami 

image is not available


 


Menerusi hantaran di TikTok, Bellaz berkata dia tidak akan melupakan jasa dan bantuan yang diberikan oleh suami ketika dia berdepan dengan fasa terendah dalam kehidupannya.


 

“Saya akan ingat sampai bila-bila momen awak tanggung beras dua kampit sampai senget bahu, semata-mata nak hantar dekat keluarga saya yang sangat susah.
 
“Adik-adik saya yang masih berlapar tak makan nasi lagi. Sedangkan waktu itu saya dan awak masih berkenalan lagi. 

 


“Pandai awak ambil hati bakal mak mentua. Terima kasih, dari dulu masih yang sama,” coretnya.

 


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen keperibadian Mat Nuart yang sentiasa ada bersama Bella tidak kira sama ada susah dan senang.


 


Selain itu, mereka juga turut menitipkan doa agar kebahagiaan pasangan ini kekal hingga ke Jannah.