Mualim Muda 2: Tema Titik Terendah & Persembahan Istimewa Alpha, Ini Antara 4 Sebab Wajib Tonton Malam Ini

14 Nov 2026 • 5:43 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Mualim Muda 2: Tema Titik Terendah & Persembahan Istimewa Alpha, Ini Antara 4 Sebab Wajib Tonton Malam Ini

Persembahan minggu lalu menyaksikan Mualim Muda Aizuddin masih berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama selepas memberikan persembahan cemerlang.Namun, mampukah Aizuddin terus mempertahankan takhtanya atau bakal ada peserta lain yang mencipta kejutan pada minggu ketiga?Episod kali ini bakal menyaksikan kehebatan para peserta Mualim Muda Musim 2 menerusi persembahan penuh emosi dan menyentuh hati dengan tema ‘Titik Terendah’.Para peserta, secara solo, akan mengetengahkan isu kesihatan mental dan kesejahteraan emosi yang melibatkan semua peringkat umur dengan mengaitkan cabaran semasa kepada nilai, hikmah dan penyelesaian yang ditawarkan oleh Islam.Pastinya, pelbagai kisah dan pengajaran menarik bakal dikongsikan oleh para peserta menerusi tema tersebut.Bagi yang masih belum merancang aktiviti malam ini, berikut merupakan empat sebab mengapa anda tidak patut melepaskan peluang untuk menonton Mualim Muda Musim 2.1. Persembahan istimewa daripada AlphaBuat pertama kali, kumpulan muzik Alpha bakal membuat persembahan di pentas Mualim Muda!Pastinya kemunculan mereka menerusi slogan #MadeToDominate itu menjadi antara momen yang dinantikan penonton.Sebagai persembahan pembukaan, Alpha akan menyanyikan salah satu lagu cover islamik mereka yang viral iaitu Rapuh, nyanyian asal penyanyi Indonesia Opic2. Kisah ‘Titik Terendah’ para Mualim MudaSetiap individu pastinya mempunyai pengalaman tersendiri ketika berdepan detik paling sukar dalam kehidupan.Menerusi tema minggu ini, penonton berpeluang mendengar kisah di sebalik titik terendah yang pernah dilalui para peserta serta mengambil iktibar daripada pengalaman mereka.Berikut merupakan tajuk persembahan peserta:1.Buli bukan Flex - MM Qamarul2.Suara si Kecil Yang Terabai - MM Yazid3.Dewasa Sebelum Usia - MM Yusuf4.Burnout di Tempat Kerja - MM Aidil5.Lelaki juga boleh menangis - MM Raja6.Kehilangan Pasangan Hidup - MM Aizuddin7.Tekanan Menjadi Perfect - MM Syafiq8.Dilupakan Anak-Anak - MM Adam Tan9.Overthinking Yang Memenjarakan - MM Mustaqim10.Markah tinggi, Mental Rendah - MM Khaiqal3. Barisan panel juri hebatSeperti biasa, penilaian para peserta akan dilakukan oleh barisan juri yang berpengalaman iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustazah Asni Mansor dan Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff.Pastinya, pandangan serta teguran daripada barisan juri ini menjadi antara perkara menarik yang perlu dinantikan.4. Gelagat Fakhrul UNIC dan AtuBukan hanya persembahan peserta yang mencuri perhatian, malah gelagat pengacara Fakhrul UNIC dan Eatu juga pastinya menghiburkan penonton.Jangan terlepas peluang menyaksikan telatah serta celoteh mereka yang dijangka menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.Jadi, jangan lupa saksikan episod ketiga Mualim Muda Musim 2 pada Sabtu, jam 9.00 malam menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105).Program ini juga boleh distrim menerusi Astro GO dan Ultra Box!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved