“Muar tak pakai baju Melayu hari ni?” -PM Anwar ‘usik’ Syed Saddiq di parlimen

LocalPolitics
25 Feb 2025 • 1:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ni pakai baju apa?”

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengusik ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan bertanyakan tentang pakaian yang digunakan memandangkan sebelum ini dia merupakan model pakaian bersempena hari raya.

image is not available

“Muar tak pakai baju Melayu hari ni?”

Memetik laporan dari Kosmo! Anwar mengusik Syed Saddiq sebelum ahli parlimen Muar itu tersenyum lebar dan disambut gelak tawa seisi sidang Dewan Rakyat ketika itu.

Ada juga kedengaran nama selebriti, Bella Astillah sewaktu usikan tersebut disampaikan dan masing-masing kelihatan terhibur dengan respon dari ahli parlimen yang berada di blok pembangkang berkenaan.

image is not available

PMX hanya bergurau, disambut gelak ketawa

Walau bagaimanapun, Anwar menyatakan yang beliau hanya bergurau dan sidang diteruskan seperti biasa.

Syed Saddiq juga sebelum itu telah bangun bagi mempertanyakan tentang langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.

“Saya gurau gurau je,” tambah Anwar selepas itu.

image is not available

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah telah mencuri perhatian apabila menjadi model baju raya bersama dan mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke puncak dengan pakaian tradisional.

Momen tersebut telah menjadi perbualan ramai apabila masing-masing kelihatan serasi dan berharap agar mereka berjodohan.

Sumber: Kosmo!