Bella Astillah Akhirnya Jawab Apabila Ditanya Mengenai Dirinya Bersama Syed Saddiq

EntertainmentPolitics
22 Feb 2025 • 6:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bella Astillah Syed Saddiq

Sejak kebelakangan ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah sering dilihat mesra bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman hingga menimbulkan spekulasi hubungan istimewa antara mereka.

Menurut laporan mStar, Bella mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai status sebenar mereka.

Saya tiada komen tentang status saya dengan dia (Syed Saddiq), tapi terima kasih untuk segala komen positif.

Bella Astillah pilih berdiam diri

image is not available

Menurut Bella, dia tidak mahu terlalu banyak bercakap mengenai kehidupan peribadinya kerana bimbang kata-katanya akan disalah tafsir.

Fokus utama adalah kerjaya dan anak-anak

image is not available

Bella juga menegaskan bahawa buat masa ini, dia mahu memberikan tumpuan penuh kepada kerjaya dan keluarga, tanpa memikirkan soal cinta.

Hal peribadi saya tolak tepi sebab fokus utama saya sekarang adalah kerjaya, anak-anak dan keluarga.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq mula mencuri perhatian selepas sama-sama menawan puncak Gunung Kinabalu pada Januari lalu dan kemudian menjadi duta bagi sebuah jenama pakaian raya.

Keakraban mereka membuatkan ramai netizen mendoakan agar mereka berjodoh kerana dilihat serasi bersama.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia selebriti, setiap gerak-geri pasti menjadi perhatian. Kadang-kala, lebih baik berdiam diri daripada mencetuskan salah faham. Fokus kepada diri sendiri dan keluarga adalah keutamaan yang paling penting!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved