“Muat Je Bang, Saya Kecik Je..” – Enam Pelajar Cuba Himpit Satu Kereta, Pemandu E-Hailing Halau Keluar

Cars
2 Jun 2023 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemandu e-Hailing mendedahkan rakaman dari dalam keretanya yang memaparkan enam orang pelajar dari sebuah universiti tempatan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, enam orang pelajar itu dipercayai menempah kenderaan bersaiz ‘4 seater’.

Namun, mereka dilihat cuba untuk duduk berhimpit di dalam kenderaan milik pemandu berkenaan bagi memuatkan kesemua enam orang.

Susulan itu, pemandu e-Hailing berkenaan telah menegur kesemua pelajar terbabit bahawa kenderaannya tidak boleh memuatkan pelanggan seramai enam orang.

Muat je, saya kecik je bang..

Tidak berpuas hati, pemandu e-Hailing itu akhirnya membatalkan pesanan enam pelajar terbabit dan meminta mereka untuk keluar dari kenderaannya.

4 orang je.. tak boleh. Keluar.. saya dah cancel.

@safrah699

budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing

? original sound – safrah699 – safrah699

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang berpihak kepada pemandu e-Hailing tersebut kerana menganggap dia melakukan tindakan yang betul.

image is not available

Menurut mereka, bilangan pelanggan yang menaiki kenderaan perlu diambil kira bagi mengelakkan risiko terlebih muatan selain melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan pelajar terbabit kerana tidak memesan kenderaan yang bersais ‘6 seater’.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Muka Dia Bertukar Biru.." - Tinggalkan Adik Sebab Nak Main Bola, Abang Menyesal Sampai Sekarang