“Muat Kecik Je” – Lebih Had, Budak U Tercengang Abang E-Hailing Halau Keluar Kereta

2 Jun 2023 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selain perkhidmatan awam seperti bas dan lrt, perkhidmatan seperti e-hailing turut memudahkan urusan seharian.

Apabila nak kemana-mana, pesan je e-hailing dan korang akan dibawa ke tempat yang dituju. Tapi, sebagai penumpang korang pun kenalah ikut peraturan juga. Jangan main bedal je!

Seperti video viral di media sosial ini, pelajar universiti dihalau keluar daripada kenderaan selepas bilangan mereka melebihi had.

Naik lebih kapasiti penumpang

@safrah699 budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing ♬ original sound – safrah699

Kereta yang sepatutnya masuk 4 penumpang sahaja, tiba-tiba dimuatkan 5 orang penumpang menyebabkan pemandu e-hailing tegur.

Abang e-hailing tegur

Pada awalnya mereka buat tak endah siap cakap, ‘muat’ kerana saiz badan mereka kecil sahaja. Pemandu e-hailing bertindak tegas membatalkan pesanan itu dan mengarahkan mereka turun segera.

Setakat ini, video perkongsian telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan dan ribuan komen. Rata-rata mengecam tindakan pelajar universiti yang enggan menempah kereta yang lebih besar sesuai dengan bilangan mereka.

image is not available

image is not available

Aduh, takkan tak tahu peraturan kot kan? Semoga video viral ini dijadikan pengajaran buat semua.

Kredit: TikTok @safrah699

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.