Muat Naik Gambar ‘Healing’, Peminat Titip Kata Semangat Buat Amelia Christie

Entertainment
5 Mar 2024 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkongsian terkini pelakon, Amelia Christie baru-baru ini meraih pelbagai reaksi netizen di media sosial dan dikaitkan dengan status pelakon berkenaan.

Mana tidaknya, Amelia menerusi sebuah hantaran TikTok telah memuatnaik beberapa foto dirinya sedang ‘healing’ berseorangan di pantai dan disertakan dengan kapsyen seolah-olah dia kini sedang dalam fasa ‘mencintai diri sendiri’.

“Ini adalah permulaan untuk menyayangi diri sendiri, welcome home”

Perkongsian pelakon yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad tersebut mengundang pelbagai reaksi dengan ramai yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat.

image is not available

Tidak kurang juga ada yang mendoakan Amelia bakal bertemu dengan ‘si dia’ yang lebih baik selain ada juga yang menyifatkan lebih baik ‘sakit’ sekarang berbanding selepas berumah tangga.

image is not available

Terdahulu, tular spekulasi mengenai hubungan antara Amelia dan Sharnaaz Ahmad yang dikatakan telah berpisah selepas kedua-duanya saling ‘unfollow’ di Instagram.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga ada memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa dia tidak pernah mengiyakan mengenai hubungannya dengan pelakon berkenaan serta berpendapat, untuk menceritakan kisah cinta ketika dia sudah berusia 40 tahun itu adalah merepek.

Sumber : TikTok | Murai

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.