Muat Naik Gambar Shooting Bersama Acha Septriasa, Farid Kamil Buat Netizen Tak Sabar Tonton Filem Biopik Dibintanginya

10 Nov 2022 • 10:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial beberapa gambar dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Mad Marquez memaparkan pelakon Farid Kamil yang akan bergandingan bersama Acha Septriasa dalam sebuah filem.

Menerusi ciapannya itu, difahamkan filem yang dibintangi Farid Kamil itu merupakan filem biopik mengisahkan perjuangan Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik di Malaysia.

Farid Kamil juga dikatakan bakal memegang watak sebagai Dato’ Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa akan melakonkan watak Dr. Wan Azizah.

Bukan itu sahaja, filem ini turut dibintangi pelakon hebat tanah air, Hasnol Rahmat yang bakal memegang watak Tun Dr. Mahathir.

Farid Kamil juga muat naik foto di Instagram

Dalam pada itu, Farid Kamil juga dilihat memuat naik beberapa gambar menunjukkan dirinya akan bersama-sama menjayakan filem karya daripada seberang itu.

Menerusi perkongsiannya itu, dikatakan filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada awal tahun 2023 nanti. Wah tak lama dah lah tu gang.

Netizen tak sabar menanti filem ini ditayangkan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak sabar dan teruja mereka untuk menonton filem biopik yang mengisahkan satu susuk tubuh yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk info, filem biopik ini akan diarahkan Viva Westi yang juga merupakan salah seorang pengarah tersohor di Indonesia.

Tak sabar juga nak tengok filem biopik ni nanti. Mesti filem ni akan pecah panggung punya.

Kredit: Twitter Mad Marques | Instagram Farid Kamil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media