Sebelum ini tular satu video di Threads yang dipercayai dimuat naik oleh Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Wan Ghazali memaparkan orang ramai yang sedang duduk dengan kapsyen “tengah tahlil atas pemakaman Loke di Chennah. Salam Takziah.”
Hantaran video itu dipercayai susulan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di DUN Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung pada 1 Ogos lalu.
View on Threads
Anggota CEC DAP sifatkan tindakan Wan Zuhir tidak bertanggungjawab dan cemarkan imej Islam
Susulan daripada video tular itu Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mengecam tindakan Wan Muhammad Zuhir serta menyifatkannya tidak bertanggungjawab malah mencemarkan imej agama Islam.
“Hantaran sedemikian bukan sahaja bersifat tidak bertanggungjawab, malah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang mengajar adab, ihsan dan penghormatan terhadap maruah manusia.
“Ia berpotensi mengeruhkan keharmonian masyarakat majmuk dan memalukan umat Islam dan orang melayu yang menjunjung nilai kesopanan dan akhlak,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.
Tegaskan bacaan tahlil tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan, sindiran mahupun senjata politik
Kata Sheikh Umar lagi, majlis keagamaan seperti bacaan tahlil tidak boleh dijadikan sebagai bahan ejekan, sindiran mahupun senjata politik.
“Mempermainkan simbol dan almalan agama demi meraih perhatian atau keuntungan politik adalah perbuatan yang keji, tidak beretika dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Ia ibarat meletakkan kesucian Islam ‘di bawah tapak kaki.'”
Mahu Exco Pemuda UMNO tampil mohon maaf secara terbuka
Bahkan beliau menggesa Wan Zuhir untuk menurunkan video tersebut dan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.
Katanya lagi, perbezaan politik tidak pernah menghalalkan penghinaan terhadap agama atau penyalahgunaan amalan suci untuk menyerang lawan politik. Malaysia memerlukan politik yang matang, beradab dan menghormati bataas kemanusiaan serta kesucian agama.
Menerusi semakan kami di akaun Wan Zuhir, video itu dipercayai telah diturunkan daripada akaun Threads miliknya.

![Muat Naik Rakaman Dengan Kapsyen “Tahlil Pemakaman Loke” – Sheikh Umar Kritik Tindakan Exco Pemuda UMNO [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Bacaan-Tahlil-pemakaman-Loke.jpg)



![[VIDEO] ‘Solat subuh dulu, baru masuk kelas’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-03-at-11.53.49-AM-1024x768.jpeg)

