Muat Naik Video Ada Elemen Sumbang, Pelakon Terkenal Bakal Didakwa Esok

Entertainment
3 Oct 2022 • 7:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Akibat memuat naik satu video klip yang mengandungi elemen sumbang di media sosial, seorang pelakon lelaki terkenal tanah air bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang esok.

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelakon lelaki yang juga merupakan seorang model itu bakal berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakannya memuat naik satu klip video yang dikatakan tidak sesuai kerana mengandungi elemen sumbang.

Rasa-rasa korang siapa pelakon terkenal yang juga merupakan model berusia 36 tahun ni ya?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media