Muat Naik Video Jumpa Atisha, Netizen Harap Fazura Dapat ‘Bersama’ Dengan Neelofa

Entertainment
10 Nov 2022 • 10:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Fazura dan Neelofa merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia selebriti tempatan. Apatah lagi sebelum ini, ada khabar angin yang mendakwa terdapat jurang dalam hubungan mereka dan menyebabkan mereka kelihatan jarang bersama.

Semalam, Fazura telah memuat naik satu video di TikTok yang memperlihatkan keakraban dengan adik Neelofa, Atisha Khan dan telah menerima banyak reaksi daripada warganet.

Hubungan yang tak kekok

Dalam video tersebut, Fazura sempat memuji kecantikan Atisha dan membuatkan adik kepada Neelofa itu tersipu malu atas pujian tersebut. Rata-rata komen warganet juga menunjukkan reaksi gembira terhadap pertemuan mereka. Ada juga yang bersetuju bahawa jurang hubungan Fazura dan Neelofa juga hanya khabar angin semata.

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, warganet juga mengharapkan agar Fazura dan Neelofa dapat ‘berbaik’ dan mengambil gambar atau pun video bersama untuk dikongsikan kepada peminat.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media