Muatnaik Foto Berserta Kapsyen Meragukan, Status Perkahwinan Sharifah Sakinah Jadi Tanda Tanya 

Entertainment
21 Oct 2022 • 11:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sharifah Sakinah dan suami, Michael Hansen - Gambar Instagram

Semalam pelakon sensasi, Sharifah Sakinah, 33, telah memuat naik foto dirinya bersama suami, Michael Hansen, 42, di dalam sebuah kereta.

Namun apa yang menjadi perhatian dan menimbulkan tanya adalah kapsyen yang ditulis menunjukkan seolah-olah pasangan ini kini tidak lagi bersama.

“Kami mempunyai perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi. Disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Bagaimanapun, pelakon drama 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' ini mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di hantaran berkenaan

Sebelum ini pernah timbul gosip bahawa hubungan Sakinah bersama suaminya yang berasal dari Sweden itu sedang dilanda masalah. 

Namun dua minggu lalu, Sakinah telah memuat naik fotonya bersama Michael di Dubai sempena dengan sambutan hari lahir mereka yang jatuh pada hari yang sama. 

Sakinah dan Michael telah mengumumkan bahawa mereka telah sah menjadi suami isteri pada Februari lalu, namun tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka. – Getaran, 21 Oktober 2022