“We can’t be partners anymore” – Kapsyen Sakinah Beri Bayangan Dah Tak Bersama Suami?

Entertainment
21 Oct 2022 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang semua sedia maklum yang pelakon sensasi Sharifah Sakinah telah pun mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki warga Sweden Michael Hansen.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan ini sering dilihat bersenam bersama ekoran minat mereka terhadap fitness namun sejak akhir-akhir ini jarang dapat kita lihat kerana mereka menjalinkan hubungan jarak jauh.

Namun semalam, satu posting di Instagram Kinah telah menimbulkan tanda tanya apabila pelakon ini memuat naik gambar bersama suaminya diikuti kapsyen seperti memberi bayangan dia tidak lagi bersama dengan Michael. Kinah juga turut membuat keputusan untuk menutup ruangan komennya itu.

Kami ada pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi yang berbeza, sebab itu kami tak boleh menjadi pasangan lagi.”

Awal Oktober lalu, Kinah ada memuat naik gambarnya bersama Michael bercuti di Dubai dan kedua-duanya kelihatan masih bahagia.

Untuk pengetahuan korang, Sharifah Sakinah pernah memberitahu bahawa dia telah pun bernikah dengan Michael Hansen seawal Februari lalu dan berkata tujuan dia tidak memberitahu ekoran mahu menjaga hubungan dengan keluarga mentua.

Pun begitu, sehingga kini masih belum ada penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.