Mudah Dan Murah, Netizen Indonesia Luah Rasa Kagum Dengan Sistem Pemilikan Kenderaan Di Malaysia

LocalCars
22 Apr 2025 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Netizen Indonesia sering kali membandingkan kemajuan Malaysia dengan negara mereka — dari segi infrastruktur hinggalah ekonomi.

Terbaru, ramai yang terkejut apabila mendapati proses pemilikan kereta di Malaysia jauh lebih mudah dan murah berbanding di Indonesia.

image is not available

Sebagai contoh, cukai jalan tahunan untuk Toyota Avanza 1.5 di Malaysia hanya sekitar RM100 hingga RM120, berbanding lebih RM900 di Indonesia.

Selain itu, Malaysia tidak mengenakan caj jika kenderaan dibeli dari negeri lain, manakala Indonesia mengenakan bayaran tambahan untuk kemas kini dokumen berpindah daerah.

Penduduk Indonesia juga perlu menukar plat nombor serta memperbaharui dokumen kenderaan setiap lima tahun dengan kos tambahan, sedangkan rakyat Malaysia tidak perlu berbuat demikian.

image is not available

Bagi proses tukar nama pemilik pula, Malaysia hanya mengenakan caj RM1.80, manakala di Indonesia, prosesnya lebih rumit dengan pelbagai dokumen dan bayaran.

Perbandingan ini nyata mengejutkan ramai netizen Indonesia yang mengakui sistem pemilikan kenderaan di Malaysia jauh lebih efisien dan menjimatkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Perniagaan Piza Jofliam Didakwa Menganggu Laluan & Ketenteraman, Penduduk Taman Melawati Buat Aduan Kepada MPAJ

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved