
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), masa rehat juga merupakan antara waktu yang paling ditunggu dan disukai oleh setiap pelajar sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.
Mana tidaknya, waktu itu sahaja yang boleh digunakan untuk mengisi perut selain dapat berehat sebentar daripada pembelajaran.
Namun, antara isu yang sering dilalui oleh pelajar setiap kali waktu rehat adalah perlu bersesak dan beratur di kantin untuk membeli makanan sekali gus membuatkan waktu rehat menjadi terhad.
Murid SJKC hanya pesan makanan melalui app
Bagaimanapun, lain pula dengan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ini apabila menggunakan aplikasi bagi murid-muridnya untuk memesan serta membayar makanan tanpa perlu pergi ke kantin.
Perkara itu mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang wanita di laman Threads yang mana anaknya bersekolah di sekolah terbabit.
“Beginilah budaya SJKC anak saya, pesan makanan dalam apps, bayar,” tulisnya di kapsyen.
Murid tak perlu ke kantin, pekerja akan hantar makanan ke kelas masing-masing
Apa yang menarik lagi, makanan yang telah dipesan itu akan dihantar oleh pekerja kantin ke kelas setiap murid.
Wanita itu bersyukur kerana kaedah terbabit amatlah memudahkan para pelajar daripada perlu bersesak-sesak di kantin untuk membeli makanan.
“Nanti (pekerja) kantin akan hantar (makanan) ke kelas masing-masing. Alhamdulilah mudah urusan anak-anak di sini,” tulisnya lagi.
Wanita tersebut turut berkongsi gambar tangkap layar paparan di dalam aplikasi itu yang terdapat pilihan makanan yang boleh ditambah ke troli (add to cart) sebelum dibayar, selain tarikh makanan itu dipesan.
Difahamkan, makanan boleh dipesan oleh ibu bapa pada bila-bila masa sahaja meskipun ketika luar waktu persekolahan.
Malah, tangkap layar yang dikongsi menunjukkan waktu tempahan sebelum ini dilakukan sekitar jam 11.00 malam.
View on Threads
Sebagai info, memang wujud aplikasi sedemikian yang digunakan sejak penularan pandemik Covid-19 iaitu e-Kantin.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada makanan yang dipesan akan dihantar atau pelajar perlu mengambilnya sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: “Mana Boleh Expose Anak Orang” – Acik Kantin Buat Live Tunjuk Murid Beli Makanan Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Kantin Sekolah Jual Makanan Berproses Untuk Pelajar Undang Kritikan Orang Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Lihat Pengusaha Cantikkan Kantin Sekolah Untuk Keselesaan Murid [Video]


