Mufti Pulau Pinang Minta Kerajaan Batalkan Konsert Ed Sheeran, Sebab…

Entertainment
31 Jan 2024 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta agar konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza ditangguhkan kerana ianya terlalu dekat dengan kedatangan bulan Ramadan.

Terbaru, beliau memohon Kementerian Komunikasi mengambil kira dan menghormati pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert.

image is not available

Ini susulan penganjuran konsert penyanyi pop antarabangsa Ed Sheeran yang bakal diadakan 24 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi Berita Harian, beliau berkata sebagai negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, kerajaan sepatutnya tidak membuka ruang kepada penganjuran konsert artis pendukung amalan maksiat yang dilarang bukan sahaja oleh agama Islam, malah oleh semua agama.

Menurutnya, pelantun lagu Shape of You itu merupakan seorang penyokong tegar kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) .

“Sebagai mufti saya rasa bertanggungjawab bagi menggesa pihak kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi supaya membatal segera kebenaran bagi mengadakan konsert berkenaan.

Saya juga menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya memulau konsert yang dicadangkan itu. Ingatlah, umat Islam ditegah bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada dosa atau maksiat seperti dinyatakan di dalam al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata setiap Muslim tentu mengetahui Islam menolak segala hubungan jenis yang tidak ditegakkan di atas pernikahan yang sah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.