
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mahu mahligai yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat.
Namun, tiada rumah tangga yang sempurna. Ada segelintir individu yang terpaksa berhadapan dengan cabaran seperti sikap tidak bertanggungjawab pasangan atau sering berlaku perselisihan faham.
Kebiasaannya, ujian sebegini hanya diketahui oleh pasangan tersebut. Namun sejak belakangan ini, ada segelintir khususnya pasangan yang telah berpisah terbuka berkongsi kisah pertengkaran mereka di media sosial untuk tatapan umum.
Berdosa Sebar Aib Pasangan Jika Niat Untuk Balas Dendam – Mufti Pulau Pinang
Terbaharu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman menjelaskan individu yang mempunyai masalah dengan pasangan khususnya mangsa keganasan rumah tangga boleh menceritakan isu yang dihadapi kepada pihak berkuasa.
Asalkan tujuannya adalah untuk mendapatkan keadilan atau perlindungan undang-undang.
Namun, sekiranya mempunyai niat untuk ‘menjaja’ kepada umum atau membalas dendam ia dianggap berdosa.
Jelas Mohd. Sukki, tiada keperluan seseorang itu untuk mendedahkan secara terbuka kerana perbuatan itu hanya mengeruhkan lagi kemelut melanda serta boleh mengundang fitnah.
“Apatah lagi jika tujuan menceritakan hanyalah untuk memburukkan, membalas dendam atau menimbulkan kebencian tanpa keperluan, maka ia boleh menjadi ghibah dan berdosa.
“Hal tersebut dibenarkan jika perkara yang berlaku didedahkan kepada pihak yang berautoriti tanpa sebarang niat membuka aib, tetapi untuk mendedahkan kezaliman yang dihadapi demi kesedaran dan mendapat pengadilan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Beliau berkata demikian ketika mengulas trend pasangan Islam khususnya bekas suami atau isteri yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang pernah dilalui kepada orang ramai.
Islam Tekankan Prinsip Untuk Tutup Aib Pasangan
Namun, Mohd Sukki mengakui isu mengungkit kisah lama bekas pasangan sememangnya sering berlaku terutama apabila melibatkan emosi, trauma dan ketidakadilan yang pernah dialami.
“Dari sudut pandangan Islam, kita boleh meneliti isu ini dari beberapa sudut prinsip asasnya antaranya menutup aib dan menjaga maruah.
“Islam sangat menekankan prinsip menutup aib orang lain, walaupun terhadap bekas pasangan,” jelasnya.
Mangsa Dianiaya Tidak Perlu Berdiam Diri
Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud seseorang yang pernah menjadi mangsa dianiaya perlu berdiam diri dan menanggung penderitaan sendiri.
“Jika perkara yang diungkit adalah fakta benar dan ada keperluan syarie untuk menceritakannya, maka ia boleh.
“Sekiranya mengungkit perkara lama kerana ingin menuntut hak yang belum dilunaskan (seperti nafkah tertunggak, hutang semasa perkahwinan), maka ia dibenarkan secara syarie.
“Ambillah hakmu secara makruf (baik) dan janganlah kamu mengambil yang bukan hakmu,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Seperti Satu Trend’- Mufti Kedah Beri Peringatan, Jangan Buka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Selebriti Curang – Isteri Dedah Temui Video Berahi Suami Bersama Wanita Lain
Source:

![Prince Syed Tayang Beri Isteri Nafkah RM500,000 Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Niat Asal Nak ‘Ajar’ Pemandu Salah Guna Lorong Kecemasan, Tindakan Dua Rider Ini Cetus Debat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Beri Reviu Hingga Burukkan Makanan, Wanita Mohon Maaf Kepada Kieda Crepe [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)