Muhammad Zaharif Kemungkinan Dilenyek Kereta Dipandu Pegawai Kanan Polis – Miros

Entertainment
6 Jan 2025 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesi pendakwaan kes kematian pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie masih diteruskan.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Ipoh diberitahu bahawa pelajar itu berkemungkinan telah dilenyek oleh kereta jenis Perodua Ativa dipandu pegawai kanan polis ketika perlanggaran berlaku.

image is not available

Saksi pendakwaan ke-31, Ahmad Noor Syukri Zainal Abidin, 42, dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) berkata, dapatan itu dibuat berdasarkan lokasi Muhammad Zaharif terjatuh di bahagian tengah hadapan Perodua Ativa.

Penganalisa Kemalangan Prinsipal dan Ketua Unit Pengoperasian dan Pengurusan Data Kemalangan Miros itu berkata motosikal ditunggang mangsa yang berada dalam keadaan terbaring telah terbabas ke arah kanan iaitu arah seberang jalan.

“Perlanggaran pertama di antara Perodua Ativa dan motosikal berlaku di luar lingkungan ‘dashcam’, namun rakaman itu menunjukkan pergerakan sesaran menegak oleh kereta berkenaan sejurus perlanggaran berlaku.

Berdasarkan lokasi penunggang motosikal jatuh di bahagian tengah hadapan kereta iaitu laluan pergerakan kenderaan tersebut, berkemungkinan Perodua Ativa telah melenyek penunggang motosikal yang jatuh,” katanya.

Difahamkan, penyiasatan di kawasan kemalangan telah menemui kesan minyak di bahagian seberang dari titik perlanggaran yang mana ia konsisten dengan lokasi kedudukan akhir motosikal seperti dalam rakaman video dashcam.

Beliau juga berkongsi, rujukan juga telah dibuat berdasarkan rakaman dashcam serta rajah kasar polis bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain seperti lokasi serpihan kenderaan yang menunjukkan lokasi perlanggaran pertama dan kedudukan akhir mangsa.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.