“Muhasabah Lah Diri, Keluarga Kamu” – Hantaran Terbaru Datin Patimah Undang Perhatian

LocalEntertainment
22 Sep 2024 • 11:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
datin patimah

Umum sedia maklum, pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof akhirnya bertemu keluarga selepas bertahun-tahun tidak pulang ke rumah.

Perkara tersebut sudah tentu membahagiakan ibunya, Datin Patimah yang selama ini berdoa agar dibukakan pintu hati anaknya itu.

image is not available

Terbaru, Datin Patimah ada memuat naik hantaran di Instagram seolah-olah ditujukan kepada seseorang.

image is not available

Isteri kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini memohon ‘seseorang’ itu tidak meletakkan kesalahan kepada anaknya.

Kepulangan anak saya ke pangkuan keluarga atas doa kami semua, jangan letakkan kesalahan kepadanya kerana kamu yang memulakannya hingga kehidupan isteri dan anak-anaknya teraniaya.

Datin juga memohon individu tersebut muhasabah diri termasuklah ahli keluarganya. Di ruangan komen, para pengikut memberikan kata-kata semangat buat Datin Patimah.

Mereka tumpang gembira penantian selama ini akhirnya tamat dan Datin sekeluarga dapat bersatu semula.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Patimah Ismail