Muhyiddin dakwa rakyat marah harga barang naik, nilai ringgit merosot

LocalPolitics
27 Jul 2025 • 3:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pendapatan rakyat tidak meningkat, nilai ringgit terus merosot manakala harga barang keperluan pula melambung naik susulan kegagalan kerajaan mengurus tadbir ekonomi negara.

“Saya tahu, walaupun saya orang politik, saya juga turun ke lapangan, beli barang keperluan dan saya tahu ramai rakyat mengeluh.
“Harga sekarang jauh lebih mahal berbanding dahulu, kenapa jadi begitu, kerana kerajaan tidak prihatin,” katanya ketika Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, semalam.

image is not available

Muhyiddin dakwa rakyat marah harga barang naik

Beliau berkata kerajaan mempunyai kuasa dan undang-undang untuk mengawal harga, namun tiada tindakan tegas diambil.

“Masa sama, ada pihak tidak bertangggungjawab yang ambil kesempatan menyorok barang, menyebabkan harga terus naik.
“Kita lihat sendiri, harga gula naik, tepung naik, susu naik, ikan pun naik, rakyat marah, sebab itu kita jerit hari ini turun Anwar,” katanya lagi.

image is not available

Terdahulu, peserta Himpunan Turun Anwar mula berkumpul di beberapa lokasi sekitar ibu negara sejak awal pagi sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.

Kebanyakan peserta berpakaian serba hitam dan mengenakan lilitan kain putih di kepala sebagai simbol solidariti.

image is not available

image is not available

Keadaan di sekitar lokasi himpunan dilaporkan aman dan terkawal dengan kehadiran puluhan anggota keselamatan bagi mengawal laluan serta memastikan ketenteraman awam.

Antara lokasi tumpuan peserta termasuk sekitar pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Pasar Seni dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)