“Muhyiddin Juga Perlu Minta Maaf Kerana Fitnah Kerajaan Zalim” – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 5:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin turut perlu memohon maaf kepadanya kerana didakwa sering menabur tuduhan dan fitnah.

Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu berulang kali menuduh kerajaan pimpinannya zalim serta gagal menyalurkan peruntukan kepada Kelantan, sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat.

image is not available

Katanya ketika sidang media selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di KLCC,

Beliau juga perlu memohon maaf kerana banyak tuduhan serta fitnah dilemparkan termasuk mendakwa kerajaan saya zalim kerana tidak menyalurkan peruntukan kepada Kelantan.

Sebelum ini, Muhyiddin pula menuntut Anwar meminta maaf susulan dakwaan Perdana Menteri kononnya beliau mempertahankan warga asing dalam isu subsidi RON95. Namun, Anwar berkata beliau menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum memutuskan langkah seterusnya, termasuk sama ada perlu memohon maaf kepada Muhyiddin.

image is not available 2025-08-15 12:04:12

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim Nafi Terlibat Kes Serangan Anak Rafizi Ramli