Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim hari ini menekankan yang mana negara tidak boleh terus bergantung kepada teknologi asing, sebaliknya perlu membina keupayaan dalaman, termasuk dalam arena pengkomputeran awan berdaulat. Ini adalah sangat penting, terutamanya dalam melindungi maklumat dan juga aset strategik negara.

Disamping itu, Perdana Menteri turut menekankan yang mana keperluan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan yang ditangani menerusji lensa keselamatan. Untuk tujuan ini, kerajaan akan terus mengiatkan usaha dalam memperkukuh benteng siber, serta melindungi infrastruktur kritikal negara.
Kerajaan sendiri telah mengambil beberapa langkah, termasuk menawarkan pendidikan asas berkaitan keselamatan siber kepada semua melalui SKMM, disamping turut menawarkan MyDigital ID sebagai satu identiti tunggal ketika berurusan dengan pihak kerajaan. Kerajaan juga turut akan memperkenalkan aplikasi MyGOV yang kini pada peringkat beta – yang menyatukan semua perkhidmatan dalam satu aplikasi.
Bergerak kehadapan, kerajaan turut akan bentangkan Rang Undang-Undang Jenayah Siber di Parlimen pada penghujung tahun 2025 ini.
