Muhyiddin, Shahidan sah hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 di Menara KL

LocalPolitics
12 Apr 2025 • 12:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhyiddin dan Shahidan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama pasangan masing-masing akan hadir ke Majlis Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 dan Majlis Raikan Raya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) pada Ahad ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) bersama Hydroshoppe Sdn Bhd.

Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Muhyiddin dan Shahidan atas kesudian mereka meluangkan masa untuk hadir.

"Kami berharap majlis ini akan memperkukuh lagi hubungan baik yang telah terjalin dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia," ujarnya.

Daripada lima kapsul masa yang telah ditanam, hanya satu kapsul akan dibuka pada tahun ini.

Pembukaan ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan sejak penanaman kapsul tersebut, meskipun negara telah melalui beberapa pentadbiran Perdana Menteri selepas Dr Mahathir.

Malah, semasa Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri buat kali kedua, kapsul ini tidak sempat dibuka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved