Tak Cemburu Andika Bergambar Dengan Bekas Isteri & Anak, Dr Amalina Bersikap Matang - “Saya Mahu Alisha Membesar Dalam Suasana Yang Sihat”

7 Apr 2025 • 9:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza tampil menjawab pertanyaan netizen susulan gambar yang dimuat naik suami bersama bekas isterinya, Ananda Natasha baru-baru ini.
 

Mahu Alisha membesar dengan baik

 


Menurut Dr Amalina, masing-masing mempunyai tugas untuk memastikan anak mereka, Alisha membesar dengan baik.


 


Kata Dr Amalina lagi, sebagai seorang isteri dia juga perlu bersikap matang dan memahami keadaan suaminya.


 

“Kita kena matang. Sebab segala yang kita buat adalah untuk Alisha.
 
“Saya mahu Alisha membesar dalam rumah tangga yang sihat.

 


“Maksudnya, bukan nak mengajar untuk dia benci sesiapa,” ujarnya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.


 

Bersikap matang


Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji pemikiran matang Dr Amalina dan berharap wanita itu istiqamah dalam menjaga hubungan anak tirinya dengan ibu kandung.


 


Berikut merupakan video penuh Andika dan Dr Amalina:


 

@andikaputeraa Jawapan daripada wife, mulut dia sendiri. Alhamdulillah, kasih sayang yang adil untuk anak. Tak pernah halang or letak any hate on Alisha❤️ Alhamdulillah Allah yang izinkan semua benda baik ni. @Amalina Aiza ♬ original sound - Andika Putera


Sekadar info, Andika baru-baru ini menamatkan zaman duda selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya.


Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun. 


 


Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.