Muhyiddin tegaskan PN tak boleh ada 2 majlis pimpinan, akui pernah ada cadangan

LocalPolitics
6 Sep 2025 • 1:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin tegaskan gabungan itu tidak boleh mempunyai dua badan kepimpinan walaupun pernah ada cadangan untuk menubuhkan sebuah majlis eksekutif baharu yang dikatakan akan diketuai timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

image is not available

Muhyiddin tegaskan PN tak boleh 2 badan kepimpinan walau ada cadangan

Memetik wawancara beliau di YouTube Malaysia Gazette sekitar minit ke-17, Muhyiddin mengesahkan wujud cadangan tersebut namun perkara itu tidak diteruskan kerana PN tetap kekal dengan struktur asal.

“Majlis tertinggi masih kekal. Jadi soal majlis eksekutif tak berbangkit. Dia takkan ada majlis eksekutif dan majlis tertinggi. Tak boleh.
Pasal walaupun ada cadangan, nampaknya tak ada perubahan. Kekallah dengan kedudukan majlis tertinggi di mana semua presiden parti duduk bersama-sama,” katanya.

image is not available

Muhyiddin tegaskan khabar angin tersebut tak benar

Mengulas khabar angin kononnya Hamzah yang mencadangkan idea itu, Muhyiddin menegaskan perkara tersebut tidak benar.

“Itu tidak betul,” tegasnya.

image is not available

Sebaliknya, beliau menjelaskan PN menerima cadangan PAS untuk membentuk majlis presiden sebagai titik rujukan terakhir dalam menyelesaikan isu dalaman, termasuk pertindihan kerusi pilihan raya.

“Bila rundingan kursi, maklumlah tiap-tiap parti tak nak bagi sama-mana. Lepas itu tak apalah, ada beberapa kita tinggal tiga, empat kerusi (yang belum selesai rundingan).
“Ini kita serahkan kepada empat presiden putuskan,” jelas Muhyiddin.

Sebelum ini, PAS pernah mencadangkan penstrukturan semula PN dengan memberi kuasa lebih besar kepada Hamzah melalui jawatankuasa eksekutif.

Namun Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan itu dan menegaskan PN masih tertakluk kepada perlembagaan gabungan.

Takiyuddin juga menyifatkan isu tersebut hanya digembar-gemburkan pihak tertentu untuk mengganggu kestabilan PN.

Sumber: YouTube Malaysia Gazette