Tak Pernah Makan, Tular Kisah Budak Sertai Pertandingan Sebab Nak Rasa Daging

LocalLifestyle
4 Sep 2025 • 6:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Pernah Makan, Tular Kisah Budak Sertai Pertandingan Sebab Nak Rasa Daging

Tidak semua orang dilahirkan dalam ‘dulang emas’, ada yang perlu bersusah payah terlebih dahulu sebelum mencapai apa yang diinginkan. Bahkan, apa yang dirasakan kebiasaan bagi kita mungkin tidak pernah dirasai oleh orang lain.

Bayangkan kita setiap hari makan ayam dan ikan, tetapi ada sesetengah keluarga yang hanya mampu membelinya dua atau tiga bulan sekali atau mungkin juga sekali setahun.

Nampak kecil bagi tetapi sangat besar maknanya untuk orang lain.

Seperti kisah tular di Vietnam ini mengenai seorang kanak-kanak yang menyertai rancangan realiti televisyen hanya untuk merasai hidangan daging yang tidak pernah dicubanya sebelum ini.

Menerusi beberapa video yang tular di TikTok, kanak-kanak terbabit bersama seorang wanita dipercayai neneknya menyertai program TV itu yang menawarkan pelbagai hadiah untuk pemenang.

Bagaimanapun, kehadiran kanak-kanak itu mencuri tumpuan kerana tujuannya bukan untuk memenangi hadiah semata-mata, tetapi untuk merasai makanan yang disediakan di situ.

“Selepas 10 tahun tidak pernah merasai daging, hari ini dia akhirnya dapat menikmati rasa yang sekian lama diidam-idamkannya,” kata Hoa Sen Group yang memuat naik video itu.

@hoasengroup.vn

Cậu bé “10 năm chưa ăn thịt” đến trường quay với bộ đồ đẹp nhất mà em có là chiếc quần dãn chun ngắn cũn và chiếc áo rách sờn vai #hoasengroup #maiamgiadinhviet #hoasenhome #tonhoasen #hsg

♬ nhạc nền – Hoa Sen Home – Hoa Sen Home

@tonhoasen.hsg

Sau 10 năm chưa được ăn thịt, thì hôm nay em đã nếm được hương vị mà em vẫn hằng ao ước. #maiamgiadinhviet #hoasenhome #hoasengroup #tonhoasen #tonhoasenmagshield

♬ nhạc nền – Tôn Hoa Sen – Tôn Hoa Sen

Bukan itu sahaja, perkongsian kisahnya juga turut membuatkan penonton dan jurukamera di situ menangis.

@tonhoasen.hsg

Anh quay phim đã không kìm được nước mắt, lặng người khi biết em nhỏ 10 năm chưa từng được ăn thịt #tonhoasenmagshield #tonhoasen #hoasenmagshield #maiamgiadinhviet #hoasenhome

♬ nhạc nền – Tôn Hoa Sen – Tôn Hoa Sen

@hoasengroup.vn

Anh quay phim vội off máy, ngồi gục một góc khóc nức nở vì hoàn cảnh “Cơm không đủ ăn, áo không đủ mặc” của 02 bà cháu #maiamgiadinhviet #hoasengroup #tonhoasen #hoasenhome #hsh

♬ nhạc nền – Hoa Sen Home – Hoa Sen Home

Program realiti TV yang disertainya, ‘Vietnamese Family Home’ memberikan peluang kepada keluarga atau kanak-kanak yang tidak bernasib baik untuk menyertai permainan dan membawa pulang hadiah seperti wang tunai bagi menampung kehidupan mereka.

Ia juga disulami dengan kisah-kisah meruntun hati para peserta sehingga membuatkan orang ramai turut merasa sayu.

Program yang diterbitkan oleh konglomerat Hoa Sen Group itu merupakan sebahagian daripada siri kemasyarakatan mereka dan telah mula disiarkan sejak 5 Oktober 2022.

“Lebih daripada 400 juta VND (RM64,000) hadiah wang yang telah diberikan Hoa Sen Group kepada 12 keluarga kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam 4 episod pertama.

“Dengan jumlah 13 episod yang disiarkan, krew program Vietnamese Family Home akan terus di jalanan untuk mencari, mendengar dan memahami cerita setiap watak serta membantu serta menyokong setiap situasi yang sukar,” kata syarikat terbabit dalam satu kenyataan pada 2022.

Kini, program TV terbabit masih lagi aktif, malah ada juga beberapa selebriti di sana yang menyertai bagi memberi sokongan kepada orang-orang yang memerlukan.

Sumber: Hoa Sen Group (1) (2)

 

View Original Article