Muis, RAC meterai MoU perkasa ekonomi belia asnaf di Sabah

9 Feb 2023 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bagi memperkasa ekonomi belia asnaf di Sabah, satu memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Ria Academy Consultancy (RAC) Sdn Bhd.

Menerusi kerjasama itu, RAC akan menyediakan program latihan kemahiran dan kursus kopentensi kepada belia asnaf yang telah dikenalpasti oleh Muis.

Muis diwakili Ramlan Ag Ali manakala RAC diwakili Naib Presidennya, Wan Shukri Mohamad di majlis yang turut disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif dan Pengerusi Muis, Datuk Yahya Hussien. Ramlan Ag Ali berkata, seramai 70 belia asnaf dan lepasan tahfiz dari seluruh Sabah akan mengikuti program perintis tersebut.