Muka Berlumuran Darah, Aktres Popular Dakwa Diri Dipukul Suami?

Entertainment
10 Jan 2023 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon popular berasal dari negara jiran Indonesia iaitu Venna Melinda telah membuat laporan polis kerana mendakwa diri menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Suaminya yang juga merupakan pelakon Indonesia, Ferry Irawan dikatakan memukul Venna hingga muka pelakon terbabit berlumuran darah.

Difahamkan, kejadian tersebut dilakukan oleh si pelaku sewaktu sedang menginap di sebuah hotel pada 8 Januari lalu.

image is not available

Susulan itu, pelakon tersebut telah membuat laporan di balai polis sambil membawa bukti sehelai kain tuala dan pakaian yang dipenuhi dengan darah.

Dalam pada masa yang sama, saksi yang duduk di bilik hotel bersebelah dengan mereka mendengar teriakan Venna.

Siasatan lanjut mengenai kes berkenaan masih di dalam proses dan dikatakan suami aktres tersebut sudah hadir ke balai polis bagi memberi keterangan selanjutnya.

image is not available 1 bulan lalu

"Dicampak Ke Lantai, Dilempar Pinggan" - Saksi Dakwa Emilia Hanafi 'Terseksa', Dipukul SM Faisal Berterusan Selama 4 Tahun