
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Fezrul Khan menjadi bualan baru-baru ini selepas berlaku perselisihan dengan seorang aktres gara-gara satu babak yang dilakonkan mereka.
Menurut pelakon wanita tersebut, Fezrul melakonkan babak cekik itu secara ‘real’ dan menyebabkannya sakit selepas penggambaran filem seram tersebut berlangsung.
“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” - Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama
Kontroversi itu menimbulkan pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di mana ada yang menyebelahi aktres tersebut dan berpendapat Fezrul tidak sepatutnya mengasarinya.
Namun, ada juga yang berpihak pada Fezrul dan turut berkata aktres tersebut hanya mereka-reka cerita atau ‘melebih-lebih’ sahaja.
Terbaru, babak di mana Fezrul mengasari pelakon wanita, Nadiya Nisaa menerusi drama Bukan Syurga Pilihan meraih perhatian warganet selepas aktres itu memuat naik rakaman di sebalik tabir.
Menerusi Instagram, rakaman tersebut menunjukkan Fezrul yang melakonkan babak sebagai suami bertindak mencekik Nadiya di sisi sebuah kereta.
Rata-rata warganet memuji bakat Fezrul dalam menjayakan watak antagonis kerana dia sering berjaya membuatkan penonton turut berasa marah.
Dalam pada itu, ramai netizen suka melihat situasi di mana Fezrul memastikan Nadiya baik-baik sahaja dan tidak terasa sakit sebaik sahaja pengarah ‘cut’ babak tersebut.
Pelakon berusia 40 tahun itu dilihat memegang pipi dan kepala Nadiya untuk memeriksa jika dia berasa sakit akibat daripada kekasarannya demi menjayakan watak terbabit.


The post (VIDEO) Tindakan Fezrul Khan Lepas ‘Cekik’ Nadiya Nisaa Dalam Drama Bukan Syurga Pilihan Jadi Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
