“Muka Daddy, Mata Mummy” – Intan Najuwa Kongsi Wajah Imane Lunara Setelah Sebulan Dilahirkan

EntertainmentFamily & Parenting
31 Jan 2025 • 12:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas sebulan melahirkan, Intan Najuwa akhirnya terbuka berkongsi mengenai wajah anak sulungnya, Imane Lunara kepada umum.

Intan berkongsi perkara demikian menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia memuat naik beberapa keping foto memaparkan kecomelan Imane Lunara.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji rupa para anak sulung aktres itu yang comel dan mengikuti wajah si bapa, Datuk Ahmad Asraf.

Netizen juga mendoakan agar si kecil itu membesar dengan sihat serta sempurna buat Intan dan suami.

Sekadar info, Intan dan Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Tak Sejuk Ke Perut?" - Netizen Persoal Minum Air Ais Dalam Pantang, Ini Respon Intan Najuwa