Selepas Lebih Sebulan Bersalin, Intan Najuwa Akhirnya Kongsi Wajah Imane Lunara

31 Jan 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata, akhirnya pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi wajah puteri sulungnya iaitu Imane Lunara.

Foto anak

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi beberapa keping foto anak perempuan kesayangannya.

 

“Our babygirl, Imane Lunara,” tulis Intan secara ringkas.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji wajah anak Intan yang kelihatan tembam serta comel seperti suami kepada aktres itu.

 

“Comelnya… pipi gebu. Sah genetik papa nya kuat.

 

“Cantik sangat ni, muka daddy, mata mummy. selamat membesar dengan baik.

 

“MashaAllah... comelnya baby Imane Lunara. Semangat ya dia,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.

 

Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.