Muka Jam Wear OS Kelak Boleh Ditukar Terus Dari Google Play Store

TechnologyDigital
9 Dec 2024 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Wear OS 3.0 diperkenalkan, Google tidak berhenti berusaha menjadikan ia sebagai sistem operasi terbaik untuk peranti boleh pakai Android sebagai alternatif kepada watchOS. Terbaru, Google mungkin akan memperkenalkan kaedah pantas menetapkan muka jam baharu selepas ia dipasang.

image is not available

Di Play Store, jika anda memuat turun permua kini akan ada pilihan untuk mencuba atau selepas selesai pasang anda boleh terus tekan untuk terus main. Konsep lebih kurang diperkenalkan untuk jam tangan pintar Wear OS. Di mana, selepas muka jam baharu dimuat turun pengguna kini boleh terus tekan untuk menggunakannya sebagai muka jam lalai pada jam.

Ciri ini turut dikatakan mungkin boleh digunakan walaupun jam tidak berada berdekatan dengan telefon pintar. Selepas muat turun dan tekan Set as watch face, ia akan terus ditetapkan secara automatik pada jam anda apabila ia mula berada berdekatan dengan peranti. Ciri ini masih dalam peringkat ujian dan tidak pasti bila akan diperkenalkan kepada umum.