Google Pixel Menerima Kemaskini Seperti Gemini Dengan Memori dan Menyokong Aplikasi

TechnologyDigital
6 Dec 2024 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixle Drop terkini telah diberikan pagi ini membawakan pelbagai ciri baharu yang menjadikan pembelian peranti Pixel menjadi semakin berbaloi. Antara yang menarik ialah Gemini kini semakin pintar dengan ia mempunyai mod memori. Gemini misalnya boleh diingatkan oleh pengguna mereka tidak memakan dagang. Apabila diminta memberikan saranan restoran berhampiran, ia tidak akan memastikan restoran dengan menu pemakan sayur sahaja diberikan tanpa perlu diingatkan berkali-kali.

Gemini juga boleh menyokong lebih banyak aplikasi secara terbina. Antara yang disokong ialah Spotify dimana Gemini boleh diminta menjana senarai main mengikut mood tertentu yang kemudiannya diaminkan dalam aplikasi sebelum kemudiannya disimpan.

image is not available

Ia juga akhirnya boleh diarahkan membuka kamera, menetap jam penggera dan mengawal tetapan peranti. Ini kelemahan Gemini yang membuatkan ramai masih enggan berpindah daripada Assistant selama ini. Gemini Live juga menyokong lebih banyak bahas baharu seperti Bahasa Indonesia. Masih tiada sokongan Bahasa Melayu.

Pengguna Circle to Search pula boleh melakukan tangkapan layar carian dalam aplikasi ini dengan butang khas. Tidak perlu lagi menekan butang fizikal. Ia kemudiannya disimpan dalam Pixel Screenshot dengan maklumat akan disimpan. Seterusnya saranan carian akan dipaparkan terus di dalam Gboard berdasarkan maklumat relevan yang disimpan oleh Pixel Screenshot.

image is not available

Ciri kapsyen audio juga lebih bijak memberikan deskripsi visual di skrin dengan ia memberikan petanda audio komentar sedang bertempik, bunyi tepukan tangan dan banyak lagi. Dengan ini OKU pendengaran atau mereka yang menonton dengan audio dibisukan.

Ciri Simple View pula membesarkan elemen antaramuka untuk peranti Pixel digunakan oleh warga emas. Adalah agak aneh ciri standard pada peranti Android keluaran pengeluar lain hanya kini diberikan pada peranti Pixel. Akhir sekali Clear Voice diperkenalkan pada aplikasi Recorder bagi membolehkan rakaman audio lebih jelas dilakukan. Ini adalah hanya sebahagian ciri baharu diberikan kepada Google Pixel. Untuk senarai lengkap sila ke pautan di bawah.