“Muka KhairulAming, suara PMX” – Netizen Terhibur Dengar Suara Pemuda Ini Berkempen PRN

Entertainment
12 Aug 2023 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tanggal 12 Ogos 2023, enam negeri di Semenanjung Malaysia akan membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri. Sepanjang dua minggu tempoh berkempen, kesemua pihak yang bertanding untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bertungkus-lumus meyakinkan orang ramai untuk mengundi mereka.

Ada satu kempen yang menarik perhatian netizen, bukan kerana isinya tetapi individu yang menyampaikannya.

Dalam satu video yang tular di media sosial, kelihatan seorang pemuda yang berkempen mempunyai suara seperti Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menarik, pemuda itu mempunyai wajah seakan-akan influencer tanah air, Khairul Aming. Korang boleh tengok dan dengar video @bckupacc99 di bawah ni.

 

Muka Khairul Aming, Suara PMX

Sekali tengok video tu memang akan keliru. Dari cara cakap dan lenggok, memang sangat serupa dengan PMX. Tengok muka pulak macam Khairul Aming. Bertambah keliru dibuatnya.

image is not availableItu lah ada pulak ‘pantun dari Azizah’. Memang tiru PMX habis-habisan ni.

image is not availableKann… suara dia tu memang tak match dengan muka. Kalau dia cakap tagline Khairul Aming dengan suara PMX lagi bercelaru dibuatnya.

image is not availableKadang-kadang min pelik, dari mana orang yang boleh tiru suara ni tahu dia ada bakat untuk tiru suara. Lain macam betul bakat yang dia ada.

image is not availableRupa sekali imbas macam Khairul Aming copy ori, suara pulak sebiji macam PMX. Aduh, keliru dibuatnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.