“Muka macam kenal je” – Telatah YDPA & Raja Permaisuri Agong Baca Berita Buat Netizen Terhibur

18 Jan 2024 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti korang tahu, tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal tamat tak lama lagi iaitu pada 30 Januari 2024. Sudah tentu, banyak jasa dan sumbangan Baginda telah kurniakan pada rakyat demi kesejahteraan negara.

Meskipun begitu, Agong yang berjiwa rakyat ni amat disenangi oleh semua orang kerana sifat peramahnya terhadap rakyat jelata biarpun memegang jawatan tertinggi di Malaysia.

Macam baru-baru ni, Agong bersama permaisurinya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk menjadi pembaca berita dalam segmen khas Buletin Diraja di sebuah stesen TV.

image is not available

Tak dapat dinafikan, ia membuatkan rakyat tertarik untuk menontonnya kerana belum ada lagi Agong yang berbuat demikian. Malah, ada juga yang memuji tindakan baginda berdua yang sanggup mencemar duli demi menghiburkan rakyat buat kali terakhir sebagai YDPA dan Raja Permaisuri Agong.

Malah, tindakan baginda berdua membaca berita pasal diri sendiri turut buatkan netizen tercuit hati. Apa yang lagi lawaknya, komen bersahaja dari Permaisuri Agong kepada Tuanku pada akhir siaran khas tu sangat tak expect!

“Eh macam muka kenal je”

Disebabkan tu, baginda berdua pun tergelak begitu juga rakyat yang menontonnya. Berikutan tu, orang ramai turut terhibur serta mengatakan yang YDPA merupakan Agong terbaik dalam sejarah!

image is not available

Terdahulu, baginda berdua berkenan untuk mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama. Dalam lawatan tu, Agong dan Raja Permaisuri dibawa melawat ke Konti Radio sebelum berkunjung ke Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Moga Agong sekeluarga dikurniakan kesihatan selalu. Ampun Tuanku.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.